Antara masalah utama yang mengganggu penggunaan punching bag adalah bunyi bising yang dihasilkan ketika latihan. Bunyi ini mungkin disukai oleh sesetengah orang. Namun begitu, ramai antara dari pengguna yang menyatakan bunyi yang dihasilak terlalu bising dan mengganggu latihan.
Punca bunyi bising:
Antara punca terjadinya bunyi bising adalah daripada pukulan itu sendiri.
Material luaran:
Penggunaan material dari jenis vinyl lebih cenderung untuk menghasilkan bunyi yang lebih bising.
Berbeza jika material daripada leather atau PU leather. Bunyi yang dihasilkan dari pukulan tidak terlalu kuat. Ini Kerana material ini lebih menyerap bunyi berbanding material vinyl.
Selain itu, material dari kanvas atau kain juga menghasilkan bunyi yang lebih senyap berbanding material yang lain.
Jenis isian:
Perbezaan isian dan kepadatan juga mempengaruhi bunyi yang dihasilkan. Penggunaaan foam lining terbukti mampu mengurangkan bunyi bising ketika menggunakan punching bag.
Jenis isian seperti kain dan habuk kayu juga mampu meredam bunyi dengan lebih baik.
Kualiti Sarung Tinju:
Sarung tangan tinju yang digunakan juga mempengaruhi bunyi yang dihasilkan.
Penggunaan sarung tangan tinju yang berkualiti rendah menghasilkan bunyi yang lebih bising berbanding yang lebih berkualiti.
Material jenis leather yang lebih lembut juga menghasilkan bunyi yang lebih rendah dan senyap
Rantai:
Alat gantung seperti rantai juga menghasilkan bunyi yang bising ketika punching bag digunakan. Tambahan lagi apabila penyambungan yang digunakan sudah lama dan berkarat.
Cara atasi bunyi bising Punching Bag
Di bawah adalah beberapa cara yang boleh membantu mengurangkan bunyi bising ketika menggunakan punching bag:
Rantai:
Periksa dengan teliti rantai yang digunakan untuk menggantung punching bag. Pastikan mereka terpasang dengan kukuh dan selamat. Sekiranya terdapat bunyi bising yang datang dari bahagian ini, periksa dan baiki jika perlu. Jika sudah lama dan berkarat, semburkan minyak atau wd40 pada bahagian yang berkarat untuk mengurangkan bunyi bising.
Ikat atau buang rantai yang berlebihan dan tidak digunakan pada punching bag. Ini kerana rantai yang berlebihan akan berlaga dan menghasilakn bunyi bising.
Gunakan selotape atau getah tayar untuk membalut rantai. Atau boleh gunakan tape yang digunakan pada pemegang badminton.

Atau boleh gunakan rantai bersalut getah. Rubber coated chain untuk mengurangkan bunyi bising.

Ganti rantai atau penyangkut yang sudah berkarat dengan yang baru.
Sarung tangan:
Gunakan sarung tangan tinju yang berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan lapisan penyerap impak. Ini dapat membantu mengurangkan bunyi dan mengecilkan kesan pukulan ketika memukul punching bag.
Sekiranya mungkin, pilih lokasi yang mempunyai bahan peredam bunyi, seperti bilik khas yang dilengkapi dengan bahan penyerap bunyi atau dinding yang lebih tebal.
Amalkan teknik pukulan yang betul. Teknik yang tepat dapat membantu mengurangkan bunyi keras dan getaran yang dihasilkan.
Material Luar Punching Bag:
Gunakan material yang lebih berkualiti seperti PU leather atau original leather. Material jenis ini lebih menyerap bunyi dan membantu mengurangkan bunyi bising.
Tidak lupa juga material isian punching bag. Kepadatan bahan isian seperti kain perca membantu mengurangkan bunyi bising ketika melakukan latihan.
Foam lining juga membantu menyerap hentakan dan mengurangkan bunyi bising.
Ingatlah bahawa walaupun beberapa langkah ini dapat membantu mengurangkan bunyi bising, penggunaan punching bag masih akan menghasilkan bunyi tertentu kerana sifat semulajadi aktiviti ini. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil kira persekitaran dan jiran sekitar apabila menggunakan punching bag, terutamanya jika tinggal di dalam apartmen atau kawasan dengan dinding yang nipis.
Lakukan pemilihan punching bag yang tepat bersesuai dengan penggunaan anda.